Social Icons

Pages

Khamis, 16 November 2017

PROJEK MALAYSIA

TELEKUNG  PROJECT
Hemmm….. first time dengar memang fikir brand telekung baru yang ada dalam pasaran Malaysia sekarang ni. Al maklumlah orang lelaki kurang arif sangat tentang telekung ni. Kalau telekung Siti Khadijah pernah la dengar dalam radio . Ok, apa sebenarnya TELEKUNG PROJECT ni ???

Telekung project ialah sebuah NGO yang berdaftar sejak tahun 2012. Projek yang dijalankan ialah projek kemanusiaan yang menggalakkan orang ramai berwakaf  dan memberikan sumbangan kepada orang yang memerlukan.   

Persoalannya, bagaimanakah pertubuhan ini boleh mendapatkan kepercayaan orang ramai untuk sama-sama memberi sumbangan dalam mewakafkan harta bagi menyokong projek yang dijalankan.

Ok, pertubuhan ini memberikan maklumat yang lengkap dan jelas mengenai identiti pertubuhan ini kepada orang awam yang memudahkan orang awam menghubungi samada secara langsung atau tidak langsung bagi memberikan sumbangan wakaf. Selain itu, pertubuhan ini yang mempunyai page facebook sendiri akan mengemaskini perjalanan program dengan terperinci yang memberikan keyakinan kepada orang awam. Pertubuhan ini juga mempunyai tapak pengumpulan barang wakaf yang boleh dilawati orang ramai bagi mengesahkan perjalanan program.

Penggunaan ayat dalam page facebook yang tersusun dan jelas menarik perhatian orang ramai untuk bersama-sama mengikuti program murni yang dijalankan.



Melalui maklumat yang dikongsikan di page, kita dapat lihat pengurusan pertubuhan ini yang berjalan dengan baik.



Ahad, 12 November 2017

Info kasut bola untuk beginner

Jenis kasut bola (stud) padang sesuai untuk posisi pemain
1.     STRIKER / PENYERANG / CF / SS



Kasut yang memang diciptakan khas untuk penyerang yang mementingkan kelajuan dan fleksibiliti ketika menggelecek. Tapak kasut yang mampu memberi daya pecut yang lebih kepada penyerang memang sesuai untuk pemain yang suka memecut. Selain itu kasut jenis ini juga lebih ringan namun agak lambat untuk membuat pusingan ‘U’ turn. Pemain yang menggunakan kasut dengan tapak ‘blade’ ini juga perlu bijak membuat pusingan dengan berhati-hati agar tidak memberatkan dan memberi kesan terhadap sendi lutut.

2.     MIDFIELD / TENGAH / CMF / AMF / DMF




Tapak kasut jenis bulat memudahkan dan sesuai membuat turning secara mengejut tanpa memberatkan sendi merupakan jenis kasut yang sesuai untuk pemain bahagian tengah yang berperanan mengawal corak permainan pasukan. Namun jika bermain di bahagian attacking midfielder boleh juga menggunakan kasut seperti penyerang dan jika bermain defensive midfield boleh memakai kasut seperti pemain pertahanan.
3.     DEFENDER / PERTAHANAN



Senjata terbaik baik pemain pertahanan kalau pemain tersebut memang bijak lah cara bermain style defensive. Tapak kasut yang berbentuk agak besar mampu memberi daya cengkaman yang kukuh atas tapak yang dipijak samada ketika memijak bola atau padang. Kasut juga dicipta lebih tebal berbanding kasut pemain bahagian penyerang yang berfungsi untuk menyerap daya shooting bola daripada pihak lawan.


Ahad, 24 September 2017

kelebihan vs kelemahan ubuntu



Ubuntu ialah sistem operasi sumber terbuka (Open Source) berasaskan Linux yang popular (linux distribution atau distro). Ianya adalah percuma untuk digunakan, tak perlu beli lesen seperti Windows dan boleh digunakan pada desktop, laptop, netbook dan juga mac.
Pendek kata, fungsi Ubuntu adalah sama dengan Windows XP, Vista dan 7 cuma berbeza pendekatan dan cara penggunaanya.
Kelebihan menggunakan Ubuntu
1. Percuma seumur hidup, tak perlu beli lesen dan boleh guna di banyak komputer hanya dengan satu CD dah cukup
2. Stabil, bebas virus dan malware, worm dsb jadi tidak perlu beli dan pasang perisian antivirus
3. Sangat ringan dan laju dan boleh digunakan pada komputer dengan hardware yang rendah dan lama
4. Tidak perlu susah-susah install driver sebab kebanyakan driver adalah terbina dalam seperti LAN, Wifi, Audio dan sebagainya.
5. Segala perisian asas untuk browsing internet, office, mendengar muzik, memainkan video, photo viewer, kalkulator dsb adalah terbina dalam.
6. Ada fungsi live cd, iaitu anda boleh mencuba menggunakan Ubuntu tanpa perlu install ke dalam hard disk, hanya perlu boot menggunakan CD Ubuntu untuk masuk ke Live CD session.
7. Ada Ubuntu Software Center, memudahkan untuk anda download software2 lain yang tidak terbina dalam Ubuntu
8. Desktop effect yang sangat cool dan menarik dengan Compiz Fusion.
9. Kebolehan menjalan perisian2 Windows menggunakan Wine (Windows Emulator).
10. Tahap customization yang sangat tinggi, anda boleh ubah desktop dan seluruh sistem operasi jika mahu, salah satu kelebihan perisian sumber terbuka.
11. Terdapat versi baru Ubuntu dikeluarkan setiap 6 bulan bagi memastikan anda sentiasa up-to-date.
Banyak lagi kelebihan yang anda pada Ubuntu sebenarnya, yang itu anda harus explore sendiri.
Kelemahan menggunakan Ubuntu
1. Masih belum cukup user friendly, pengguna biasa mesti keliru dengan cara penggunaannya.
2. Perisian2 kegemaran anda di Windows mungkin tidak boleh digunakan di Ubuntu. Tidak semua perisian compatible biarpun anda guna Wine.
3. Linux tidak dibina untuk bermain game, jadi kalau anda seorang gamers tegar lebih baik guna Windows sahaja.
4. Sesetengah perkara memerlukan anda menaip command di terminal seperti sh Nvidia-Driver-19823-RX-12ASDS.run dan sudo apt XXXXXini merupakan sesuatu yang memeningkan kepala bagi pengguna beginner.
5. Ubuntu sangat memerlukan penggunaan internet sebab anda perlu internet untuk download extra plugins, add repo, install codec, install drivers dll.
6. Kebanyakan perisian terbina dalam Ubuntu adalah tidak setanding dengan perisian yang anda biasa gunakan di Windows. Sebagai contoh, Open Office sangat berbeza taraf dengan Office 2010 kerana Office 2010 sangat canggih dan Open Office seperti anda guna Office 2003 sahaja.
7. Jika biasa menggunakan Windows 7, anda mungkin merindukan fungsi Superbar, Aero Glass dan bermacam2 lagi fungsi yang tidak terdapat pada Ubuntu.
8. Tema dan skema warna yang digunakan pada Ubuntu mungkin tidak kena pada jiwa sesetengah orang kerana ia tidak bersifat universal seperti warna biru.
Download Ubuntu
Anda boleh download Ubuntu daripada laman rasmi Ubuntu.com. Ia terdapat dalam banyak versi seperti dekstop i386 dan amd64, netbook edition, server edition dsb.
Kubuntu menggunakan KDE sebagai antaramuka dan Edubuntu pula mengandungi perisian2 akademik dan sesuai juga untuk kanak-kanak.
Hanya pilih versi yang sesuai untuk komputer anda sahaja ya


Kami berharap artikel ini membantu sedikit sebanyak pemahaman anda mengenai Ubuntu, Linux dan perisian sumber terbuka.
Ada masa kami tulis lagi artikel mengenai Ubuntu ini. Walaupun kami pengguna tegar Windows tetapi tak salah kalau belajar benda yang lain asalkan ianya ilmu yang sah dan halal untuk kebaikan.
Selamat mencuba!

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates