Jenis kasut bola (stud) padang
sesuai untuk posisi pemain
1.
STRIKER
/ PENYERANG / CF / SS
Kasut yang memang diciptakan khas untuk penyerang yang mementingkan
kelajuan dan fleksibiliti ketika menggelecek. Tapak kasut yang mampu memberi
daya pecut yang lebih kepada penyerang memang sesuai untuk pemain yang suka
memecut. Selain itu kasut jenis ini juga lebih ringan namun agak lambat untuk
membuat pusingan ‘U’ turn. Pemain yang menggunakan kasut dengan tapak ‘blade’
ini juga perlu bijak membuat pusingan dengan berhati-hati agar tidak
memberatkan dan memberi kesan terhadap sendi lutut.
2.
MIDFIELD
/ TENGAH / CMF / AMF / DMF
Tapak kasut jenis bulat memudahkan dan sesuai membuat turning
secara mengejut tanpa memberatkan sendi merupakan jenis kasut yang sesuai untuk
pemain bahagian tengah yang berperanan mengawal corak permainan pasukan. Namun
jika bermain di bahagian attacking midfielder boleh juga menggunakan kasut
seperti penyerang dan jika bermain defensive midfield boleh memakai kasut
seperti pemain pertahanan.
3.
DEFENDER
/ PERTAHANAN
Senjata
terbaik baik pemain pertahanan kalau pemain tersebut memang bijak lah cara
bermain style defensive. Tapak kasut yang berbentuk agak besar mampu memberi
daya cengkaman yang kukuh atas tapak yang dipijak samada ketika memijak bola
atau padang. Kasut juga dicipta lebih tebal berbanding kasut pemain bahagian
penyerang yang berfungsi untuk menyerap daya shooting bola daripada pihak
lawan.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan