Ubuntu
ialah sistem operasi sumber terbuka (Open Source) berasaskan Linux yang popular
(linux distribution atau distro). Ianya adalah percuma untuk digunakan, tak
perlu beli lesen seperti Windows dan boleh digunakan pada desktop, laptop,
netbook dan juga mac.
Pendek
kata, fungsi Ubuntu adalah sama dengan Windows XP, Vista dan 7 cuma berbeza
pendekatan dan cara penggunaanya.
Kelebihan
menggunakan Ubuntu
1.
Percuma seumur hidup, tak perlu beli lesen dan boleh guna di banyak komputer
hanya dengan satu CD dah cukup
2.
Stabil, bebas virus dan malware, worm dsb jadi tidak perlu beli dan pasang
perisian antivirus
3.
Sangat ringan dan laju dan boleh digunakan pada komputer dengan hardware yang
rendah dan lama
4.
Tidak perlu susah-susah install driver sebab kebanyakan driver adalah terbina
dalam seperti LAN, Wifi, Audio dan sebagainya.
5.
Segala perisian asas untuk browsing internet, office, mendengar muzik,
memainkan video, photo viewer, kalkulator dsb adalah terbina dalam.
6.
Ada fungsi live cd, iaitu anda boleh mencuba menggunakan Ubuntu tanpa perlu
install ke dalam hard disk, hanya perlu boot menggunakan CD Ubuntu untuk masuk
ke Live CD session.
7. Ada
Ubuntu Software Center, memudahkan untuk anda download software2 lain yang
tidak terbina dalam Ubuntu
8.
Desktop effect yang sangat cool dan menarik dengan Compiz Fusion.
9.
Kebolehan menjalan perisian2 Windows menggunakan Wine (Windows Emulator).
10.
Tahap customization yang sangat tinggi, anda boleh ubah desktop dan seluruh
sistem operasi jika mahu, salah satu kelebihan perisian sumber terbuka.
11.
Terdapat versi baru Ubuntu dikeluarkan setiap 6 bulan bagi memastikan anda
sentiasa up-to-date.
Banyak
lagi kelebihan yang anda pada Ubuntu sebenarnya, yang itu anda harus explore
sendiri.
Kelemahan
menggunakan Ubuntu
1.
Masih belum cukup user friendly, pengguna biasa mesti keliru dengan cara
penggunaannya.
2.
Perisian2 kegemaran anda di Windows mungkin tidak boleh digunakan di Ubuntu.
Tidak semua perisian compatible biarpun anda guna Wine.
3.
Linux tidak dibina untuk bermain game, jadi kalau anda seorang gamers tegar
lebih baik guna Windows sahaja.
4.
Sesetengah perkara memerlukan anda menaip command di terminal seperti sh
Nvidia-Driver-19823-RX-12ASDS.run dan sudo apt XXXXXini
merupakan sesuatu yang memeningkan kepala bagi pengguna beginner.
5.
Ubuntu sangat memerlukan penggunaan internet sebab anda perlu internet untuk
download extra plugins, add repo, install codec, install drivers dll.
6.
Kebanyakan perisian terbina dalam Ubuntu adalah tidak setanding dengan perisian
yang anda biasa gunakan di Windows. Sebagai contoh, Open Office sangat
berbeza taraf dengan Office 2010 kerana Office 2010 sangat canggih
dan Open Office seperti anda guna Office 2003 sahaja.
7.
Jika biasa menggunakan Windows 7, anda mungkin merindukan fungsi Superbar, Aero
Glass dan bermacam2 lagi fungsi yang tidak terdapat pada Ubuntu.
8.
Tema dan skema warna yang digunakan pada Ubuntu mungkin tidak kena pada jiwa
sesetengah orang kerana ia tidak bersifat universal seperti warna biru.
Download
Ubuntu
Anda
boleh download Ubuntu daripada laman rasmi Ubuntu.com. Ia terdapat dalam banyak
versi seperti dekstop i386 dan amd64, netbook edition, server edition dsb.
Kubuntu
menggunakan KDE sebagai antaramuka dan Edubuntu pula mengandungi perisian2
akademik dan sesuai juga untuk kanak-kanak.
Hanya
pilih versi yang sesuai untuk komputer anda sahaja ya
Kami
berharap artikel ini membantu sedikit sebanyak pemahaman anda mengenai Ubuntu,
Linux dan perisian sumber terbuka.
Ada
masa kami tulis lagi artikel mengenai Ubuntu ini. Walaupun kami pengguna tegar
Windows tetapi tak salah kalau belajar benda yang lain asalkan ianya ilmu yang
sah dan halal untuk kebaikan.
Selamat
mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan