Social Icons

Pages

Khamis, 16 November 2017

PROJEK MALAYSIA

TELEKUNG  PROJECT
Hemmm….. first time dengar memang fikir brand telekung baru yang ada dalam pasaran Malaysia sekarang ni. Al maklumlah orang lelaki kurang arif sangat tentang telekung ni. Kalau telekung Siti Khadijah pernah la dengar dalam radio . Ok, apa sebenarnya TELEKUNG PROJECT ni ???

Telekung project ialah sebuah NGO yang berdaftar sejak tahun 2012. Projek yang dijalankan ialah projek kemanusiaan yang menggalakkan orang ramai berwakaf  dan memberikan sumbangan kepada orang yang memerlukan.   

Persoalannya, bagaimanakah pertubuhan ini boleh mendapatkan kepercayaan orang ramai untuk sama-sama memberi sumbangan dalam mewakafkan harta bagi menyokong projek yang dijalankan.

Ok, pertubuhan ini memberikan maklumat yang lengkap dan jelas mengenai identiti pertubuhan ini kepada orang awam yang memudahkan orang awam menghubungi samada secara langsung atau tidak langsung bagi memberikan sumbangan wakaf. Selain itu, pertubuhan ini yang mempunyai page facebook sendiri akan mengemaskini perjalanan program dengan terperinci yang memberikan keyakinan kepada orang awam. Pertubuhan ini juga mempunyai tapak pengumpulan barang wakaf yang boleh dilawati orang ramai bagi mengesahkan perjalanan program.

Penggunaan ayat dalam page facebook yang tersusun dan jelas menarik perhatian orang ramai untuk bersama-sama mengikuti program murni yang dijalankan.



Melalui maklumat yang dikongsikan di page, kita dapat lihat pengurusan pertubuhan ini yang berjalan dengan baik.



Ahad, 12 November 2017

Info kasut bola untuk beginner

Jenis kasut bola (stud) padang sesuai untuk posisi pemain
1.     STRIKER / PENYERANG / CF / SS



Kasut yang memang diciptakan khas untuk penyerang yang mementingkan kelajuan dan fleksibiliti ketika menggelecek. Tapak kasut yang mampu memberi daya pecut yang lebih kepada penyerang memang sesuai untuk pemain yang suka memecut. Selain itu kasut jenis ini juga lebih ringan namun agak lambat untuk membuat pusingan ‘U’ turn. Pemain yang menggunakan kasut dengan tapak ‘blade’ ini juga perlu bijak membuat pusingan dengan berhati-hati agar tidak memberatkan dan memberi kesan terhadap sendi lutut.

2.     MIDFIELD / TENGAH / CMF / AMF / DMF




Tapak kasut jenis bulat memudahkan dan sesuai membuat turning secara mengejut tanpa memberatkan sendi merupakan jenis kasut yang sesuai untuk pemain bahagian tengah yang berperanan mengawal corak permainan pasukan. Namun jika bermain di bahagian attacking midfielder boleh juga menggunakan kasut seperti penyerang dan jika bermain defensive midfield boleh memakai kasut seperti pemain pertahanan.
3.     DEFENDER / PERTAHANAN



Senjata terbaik baik pemain pertahanan kalau pemain tersebut memang bijak lah cara bermain style defensive. Tapak kasut yang berbentuk agak besar mampu memberi daya cengkaman yang kukuh atas tapak yang dipijak samada ketika memijak bola atau padang. Kasut juga dicipta lebih tebal berbanding kasut pemain bahagian penyerang yang berfungsi untuk menyerap daya shooting bola daripada pihak lawan.


 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates